Thursday, May 31, 2012

PENGANTIN MENEPATI MASA


Tunggu Pengantin Tak Siap Lagi....

As salam. Admin dah berpengalaman mengarak pengantin kira-kira 19 tahun lamanya. Macam-macam ragam dan karenah pengantin dah admin jumpa selama ini.

Cuma admin berharap kepada pengelola majlis perkahwinan tu, rancanglah perjalanan dan program walimatul urus dengan efektif. Kegagalan pengelola program menepati masa menyebabkan admin dan rakan-rakan akan 'sangkut' untuk undangan seterusnya pada hari yang sama.




Sedang berbincang selepas menerima taklimat daripada pengelola majlis
Berikut adalah jadual mengarak mingguan admin dan rakan-rakan:-

Sebelum Zohor
  • Jam 12:00 tengahari 
  • Jam 12:30 tengahari
Selepas Zohor
  • Jam 1:30 petang
  • Jam 2:00 petang
Lepas Isyak
  • Jam 9:00 malam
Seperti biasa pihak tuan rumah akan berpesan supaya datang awal dan jangan lewat. Tapi biasanya macam nilah jadinya kepada admin dan rakan-rakan...

Pengantin lambat boleh menyebabkan masing2 mengalami masalah kemurungan....korang tengoklah... sedih jer...

Muka masing-masing layu jer. Hari dahlah panas. Mulalah aktiviti-aktiviti menghilangkan kemurungan seperti di bawah.

Bergurau senda.....
 Sampailah pengantin datang.......

Pengantin jalan pelan-pelan ye...
 
Persembahan silat pengantin



Persembahan depan pelamin
 Selepas mengarak dan persembahan atas pelamin... pe lagi makan time... dan balik..

Doa sebelum makan

No comments:

Post a Comment